Wednesday, December 2, 2009

SAKIT GIGI


Kisah ni terjadi masa aku study kat UM…(1st term of 1st year)…banyak assignment nak buat. Exam pula dah dekat sangat. Aku pun sibuk le. Tapi dalam kesibukan ku itu gigi aku le pulak buat hal. Sakit yang teramat sakit. Dalam masa sehari pipi aku bengkak besar. Bayangkanlah sakit gigi (hingga demam panas) dan assignments dan exam. Aduh…

Dalam sedar tak sedar kerana kesakitan dan kesibukan, aku telan 4 biji pil sakit gigi sekali ngan 4 biji panadol. Aku tak perasan akan kekerapan aku makan ubat tu. Tapi sakit tu tak reda jugak. Bertambah sakit ade le. Dipendekkan cerita, kala malam bulan mengembang…agaknya aku dah mabuk sebab overdose ubat, akupun pengsan. Roomates hantar aku ke UH.

Menurut mereka, doktor dah buat macam2 cara tapi aku tak sedar jugak hingga doktor pesan kalau pukul 6 pagi aku tak sedar jugak hubungi mak ayah aku kerana ada dua kemungkinan je sama ada koma atau ‘jalan’. Tapi ada doctor tu cuba lagi sedarkan aku. Alhamdulillah…aku sedar. Ntah ubat apa dia masukkan ke hidung aku. Treatment selepas aku sedar tu yang aku tak daya.

Doktor masukkan tiub getah yang panjang dan sebesar ibu jari ke dalam mulut. Sakit. Hidup-hidup tu. Tak bius. Aku terasa benda tu sampai ke dalam perut aku. Doktor nak cuci le pe lagi. Dua besen besar air dimasukkan melalui tiub getah tu. Pas tu dia sentap tarik je. Biar aku muntah katanya. Pas tu masukkan lagi sebab nak isi sebotol ubat: cecair hitam (sebulan najis warna hitam). Katanya untuk neutralkan perut aku.

Dah siap tu lemah-longlai aku. Dalam tak daya tu datang le pulak sorang inspector ngan sorang psikiatri. Ada ke patut doctor laporkan kes aku sebagai kes bunuh diri!? Lucunya dorang pandai2 buat andaian aku bunuh diri sebab ditinggal pakwe berdasarkan maklumat daripada salah seorang rakanku yang salah faham. (Kebetulan aku gaduh ngan bestfriend: lelaki). Aku menafikan semua hal tersebut.

Aku letih jadi aku tidur. Esok pagi aku terjaga apabila tetiba bestfriend aku tu datang dan tengking aku di hadapan semua orang. Katanya dia marah dan malu kerana tersebar kat fakulti yang aku cuba bunuh diri kerana frusted ngan dia. Aku ketawa. Sekuat-kuat hati ketawa. Lucu campur marah. Aku cuba jelaskan kat dia tapi dia tak nak terima. Dan dia terus memutuskan hubungan kami yang cuma sebagai kawan itu. (Final year baru dia tegur tanya khabar aku camana: sihat ke tak)

Tak habis di situ, ada lagi yang lebih mengharukan. Setelah beberapa jam duduk dalam wad tu barulah aku perasan yang wad tu sebenarnya wad tekanan jiwa selepas aku diperiksa oleh doctor yang tak betul. (Tak lama kemudian datang doctor sebenar) Aku marah semarah-marahnya. Nasib baik sehari je kat situ itupun setelah aku sedaya upaya meyakinkan Dr.Xavier (pskiatri tu) yang aku ok dan tidak tertekan dan tidak ada masalah cinta, keluarga dan segalanya. AKU CUMA SAKIT GIGI. Aku diizinkan keluar wad tapi dinasihati agar tidak mengambil mana2 ubat untuk beberapa tempoh kerana takut hati aku rosak.

Aku balik ke kolej dan menyiapkan assignments dan study untuk exam. Rasa bengang jugak bila kawan2 sekampus pandang semacam je tapi lantak dorang le. Dorang tak tahu cerita sebenar. Kawan yang buat cerita tu aku dah ‘selesaikan’. Balik kampung aku jumpa doktor gigi dan cabut gigi yang rosak tu.

Aku ralat satu je, nape le mase kat hospital pipi dan gusi aku yang bengkak giler2 tu dah kempis…

Moral of the story, kalau korang sakit sangat pun janganlah pandai2 jadi pharmacist sendiri…

0 comments:

Post a Comment