Sunday, December 27, 2009

Manis Di Mulut


Sabda Nabi saw yang bermaksud : Akan keluar di akhir zaman lelaki yang bertaubat tipu daya dengan memakai nama agama di dunia ini. Mereka menganjurkan manusia agar berpakaian yang baik (taubat) dari bulu domba yang halus. Lidah mereka lebih manis daripada gula, sedangkan hati mereka bagaikan serigala. (Hadith riwatar Tirmizi)

Dalam hadith itu Rasulullah saw memberikan isyarat bahawa kelak akan muncul orang-orang yang mempunyai sifat munafiq. Apa yang dikatakan tidak sesuai dengan kehendak hati, apa yang dianjurkan sebenarnya hatinya membenci, fatwanya hanya untuk tipu muslihat sahaja. Di antara sifat kemunafiqan itu, menganjurkan orang lain berbuat baik sesuai dengan agama Islam, semua yang disampaikan dengan topeng agama yang tujuannya antara lain untuk memperdaya orang-orang Islam sendiri. Agar orang tahu bahawa iaitu seorang juru fatwa yang berilmu, manis sekali bicaranya sampai banyak orang yang terperangkap dengan menyanjung-nyanjung kepadanya. Tapi hatinya setelah diketahui ternyata bagaikan hat seekor serigala. Yang sedang bersedia menangkap dan menelannya.

Sifat munafiq semacam ini biasanya dimiliki oleh mereka yang ingin diberi kedudukan, pangkat, penghormatan dan segala pujian dari atasannya sehingga berani mengorbankan agamanya, membohongi sesamanya. Keinginan sesuatu kedudukan akan mendorong untuk berusaha dengan cara apa saja, dengan wang atau dengan janji yang muluk-muluk untuk mempengaruhi orang lain yang jadi pendukungnya, bila perlu dengan menghalalkan segala cara, demi berhasilnya tujuan. Orang yang gila kedudukan tidak lain hasilnya adalah penyesalan pada hari kiamat. Hadith riwayat Bukhari dan Nasai dari Abu Hurairah, Nabi saw bersabda maksudnya :Sesungguhnya di antara kalian ada yang ingin menjadi penguasa dan sesungguhnya demikian itu akan menajdi penyesalan di hari kiamat. Sebaik-baik seorang ibu yang mahu menyusui dan seburuk-buruk ibu adalah ibu yang tidak mahu menyusui.

Maksudnya pemimpin yang baik ialah pemimpin yang bertanggungjawab kepada rakyat dan seburuk-buruk dalah pemimpin yang tidak bertanggungjawab pada rakyatnya.

Orang munafiq manis mulutnya dalam berkata-kata, pandai membawa diri, seakan-akan dia menaruh perhatian dan memikirkan kepentingan orang lain. Kalau perlu, nama Allah disebut-sebut dalam setiap bicara agar orang lain percaya kepadanya. Tambah banyak ia bicara, tambah banyak pula nama Allah disebut, padahal dalam hatinya ia menyimpan rasa dendam dan permusuhan. Sebab yang dijadikan pedoman bukanlah kebenaran dan bukan nama Allah, ia hanya bermain di mulut. Dia menyimpan segala rencana yang berbeza daripada kemahuan Allah, tetapi untuk menyembunyikan maksudnya itu ia bermulut manis.

Sifat orang-orang munafiq diabadikan dalam Al-Quran :Dan sebahagian manusia ada yang menarik hati pada engkau perkataannya dalam hidup di dunia, dan ia menjadikan Allah sebagai saksi di hatinya, padahal ia itu sangat memusuhinya. (Surah Al-Baqarah : Ayat 204)

Dan apabila telah berpisah, ia berjalan di bumi hendaklah merosak dan membinasakan tanaman dan keturunan. Padahal Allah itu tidak senang pada kerosakan. (Surah Al-Baqarah : Ayat 205)

Kitab rujukan : 25 Tanda Hampirnya Hari Kiamat & Berita Alam Keabadian (Amir Al-Harith) terbitan Jasmin Enterprise.



~Sesungguhnya Hidupku, Matiku, Amalanku, Ibadahku adalah semata-mata kerana Allah SWT~
Wednesday, December 2, 2009

SAKIT GIGI


Kisah ni terjadi masa aku study kat UM…(1st term of 1st year)…banyak assignment nak buat. Exam pula dah dekat sangat. Aku pun sibuk le. Tapi dalam kesibukan ku itu gigi aku le pulak buat hal. Sakit yang teramat sakit. Dalam masa sehari pipi aku bengkak besar. Bayangkanlah sakit gigi (hingga demam panas) dan assignments dan exam. Aduh…

Dalam sedar tak sedar kerana kesakitan dan kesibukan, aku telan 4 biji pil sakit gigi sekali ngan 4 biji panadol. Aku tak perasan akan kekerapan aku makan ubat tu. Tapi sakit tu tak reda jugak. Bertambah sakit ade le. Dipendekkan cerita, kala malam bulan mengembang…agaknya aku dah mabuk sebab overdose ubat, akupun pengsan. Roomates hantar aku ke UH.

Menurut mereka, doktor dah buat macam2 cara tapi aku tak sedar jugak hingga doktor pesan kalau pukul 6 pagi aku tak sedar jugak hubungi mak ayah aku kerana ada dua kemungkinan je sama ada koma atau ‘jalan’. Tapi ada doctor tu cuba lagi sedarkan aku. Alhamdulillah…aku sedar. Ntah ubat apa dia masukkan ke hidung aku. Treatment selepas aku sedar tu yang aku tak daya.

Doktor masukkan tiub getah yang panjang dan sebesar ibu jari ke dalam mulut. Sakit. Hidup-hidup tu. Tak bius. Aku terasa benda tu sampai ke dalam perut aku. Doktor nak cuci le pe lagi. Dua besen besar air dimasukkan melalui tiub getah tu. Pas tu dia sentap tarik je. Biar aku muntah katanya. Pas tu masukkan lagi sebab nak isi sebotol ubat: cecair hitam (sebulan najis warna hitam). Katanya untuk neutralkan perut aku.

Dah siap tu lemah-longlai aku. Dalam tak daya tu datang le pulak sorang inspector ngan sorang psikiatri. Ada ke patut doctor laporkan kes aku sebagai kes bunuh diri!? Lucunya dorang pandai2 buat andaian aku bunuh diri sebab ditinggal pakwe berdasarkan maklumat daripada salah seorang rakanku yang salah faham. (Kebetulan aku gaduh ngan bestfriend: lelaki). Aku menafikan semua hal tersebut.

Aku letih jadi aku tidur. Esok pagi aku terjaga apabila tetiba bestfriend aku tu datang dan tengking aku di hadapan semua orang. Katanya dia marah dan malu kerana tersebar kat fakulti yang aku cuba bunuh diri kerana frusted ngan dia. Aku ketawa. Sekuat-kuat hati ketawa. Lucu campur marah. Aku cuba jelaskan kat dia tapi dia tak nak terima. Dan dia terus memutuskan hubungan kami yang cuma sebagai kawan itu. (Final year baru dia tegur tanya khabar aku camana: sihat ke tak)

Tak habis di situ, ada lagi yang lebih mengharukan. Setelah beberapa jam duduk dalam wad tu barulah aku perasan yang wad tu sebenarnya wad tekanan jiwa selepas aku diperiksa oleh doctor yang tak betul. (Tak lama kemudian datang doctor sebenar) Aku marah semarah-marahnya. Nasib baik sehari je kat situ itupun setelah aku sedaya upaya meyakinkan Dr.Xavier (pskiatri tu) yang aku ok dan tidak tertekan dan tidak ada masalah cinta, keluarga dan segalanya. AKU CUMA SAKIT GIGI. Aku diizinkan keluar wad tapi dinasihati agar tidak mengambil mana2 ubat untuk beberapa tempoh kerana takut hati aku rosak.

Aku balik ke kolej dan menyiapkan assignments dan study untuk exam. Rasa bengang jugak bila kawan2 sekampus pandang semacam je tapi lantak dorang le. Dorang tak tahu cerita sebenar. Kawan yang buat cerita tu aku dah ‘selesaikan’. Balik kampung aku jumpa doktor gigi dan cabut gigi yang rosak tu.

Aku ralat satu je, nape le mase kat hospital pipi dan gusi aku yang bengkak giler2 tu dah kempis…

Moral of the story, kalau korang sakit sangat pun janganlah pandai2 jadi pharmacist sendiri…
Sunday, November 29, 2009

MJH

Friday, November 27, 2009

FAKTA vs AUTA

*Tahukah anda apabila 350ml air yang diambil dari sinki dan kemudiannya dituangkan ke dalam cerek yang mengandungi 150ml air suling dan dibiarkan terdedah kepada nyalaan api bersuhu 100 darjah celcius akan menghasilkan satu cecair yang dinamakan air masak.

*Percayakah anda yang air sirap merupakan salah satu bahan asas dalam pembinaan sebuah helikopter. Ini kerana kajian telah dibuat, seorang pembina helikopter memerlukan airsirap untuk menghilangkan keletihan semasa membuat helikopter, tanpa air sirap mungkin helikopter tersebut tidak dapat disiapkan.

*Sebuah kereta yang dipandu selaju 220 km/j tidak akan dapat memotong kereta yang dipandu selaju 40km/j sekiranya kereta-kereta tersebut dipandu dari arah yang bertentangan

*Tahukah Anda dalam bahasa Inggeris dan Italy,jurugambar dikenali sebagai paparazi. Perkataan itu dipercayai diambil dari watak paparazzo dalam filem La Dolce Vita yang diterbitkan oleh Federico Fellini pada tahun 1960. Dalam bahasa melayu pula, ayah kepada seorang budak yang bernama Razzi juga boleh dikenali dengannama papa Razzi.

*Tahukah Anda bendera negara Denmark telah dicipta700 tahun lampau, menjadikan bendera paling lama digunakan di dunia lebih lama daripada penggunaan susu cap bendera.

*Tahukah Anda magnet ialah sejenis logam yang juga digelar besi berani. Sebagaimana namanya magnet ialah besi yang berani menarik butir-butir besi lain kearahnya. Bagaimanapun orang yang diupah untuk menarik kereta bukanlah magnet.

*Tahukah Anda cicak memutuskan ekornya apabila diganggu. Apabila cicak menyedari yang dia diekori oleh sesuatu, ia akan memutuskan ekornya supaya benda itu tidak mengekorinya lagi atas alasan tanp aekor sudah tentu ia tidak akan diekori lagi.

*Tahukan anda bahawa seorang manusia normal tidak boleh menyentuh telinganya sendiri menggunakan siku.

*Tahukah Anda burung dapat pulang ke sarangnya walaupun telah keluar kadangkala hingga beribu kilometer daripada sarangnya tanpa sesat atau silap walaupun tanpa bantuan kompas. Ini kerana setiap sarang burung mempunyai alamatnya yang tersendiri sebenarnya.

*Tahukah Anda bunyi perkataan lempeng dan tempeleng adalah hampir sama walaupun ia berbeza dari segi rupa bentuknya. Tapi, walaubagaimanapun orang yang kena tempeleng masih boleh memakan lempeng apabila dia berasa lapar.

*Tahukah Anda gunung berapi yang berusia tiga ratus tahun disahkan masih aktif untuk meletup. Tapi mengikut kajian ahli gunung, api elektrik di rumah kita tidak akan aktif jika tidak membayar bilnya selama tiga bulan.

*Tahukah Anda orang yang tidak pernah kisah langsung tentang wang ringgit, pangkat, kedudukan dan harta dunia ialah Orang Utan.

*Tahukah Anda ahli sains seluruh dunia bersepakat jika nasi ayam dimakan sewaktu lapar, perut kita akan mengalami satu tindakbalas yang berupa kekenyangan. Nasi ayam juga boleh digunakan sebagai ubat untuk menggembirakan hati kita bila nasi ayam yang dimakan itu dibelanja oleh kawan kita.

*Dan tahukah anda bahawa hampir kesemua pembaca disini telah mencuba untuk menyentuh telinga menggunakan siku.Tapi......dapek ko....

KORBAN TAK BERTEMPAT

Cerita yang dipaparkan ini patut dijadikan tauladan oleh semua ibu yang mempunyai anak dara...



MAT tiba-tiba teringat anak dara sunti Salbiah Cantik yang menjadi mangsa ratahan sekumpulan mat rempit akibat dikenakan teman lelakinya apabila kalah berlumba.

Budak baru lepas Penilaian Menengah Rendah tu memang cun tapi yang tak syoknya, dia berkawan dengan satu kutu rempit terkenal dengan gelaran 'toyol' kat taman perumahan tempatnya tinggal.


Menurut Salbiah Cantik, anak dara suntinya bakal dijodohkan dengan saudara jauh berpangkat Kapten. Sibuklah Kak Sal kita mencanang betapa bertuahnya dia, selaku wanita cantik yang punya anak cantik, hampir nyata bergelar orang ‘berada’.

Mat pernah terserempak dengan si Kapten tu, daripada gayanya memang kelihatan dia seorang yang berkarisma selain baik hati. Memang macam langit dengan bumi kalau dibandingkan dengan si toyol rempit tu.

Tapi entah macamana, anak Kak Sal kita ni lebih suka jatuh dalam rangkulan budak tak habis sekolah tu.

Salbiah memang lancang mulutnya. Ramai jiran mengadu tidak patut anak dara suntinya diusung bagai perempuan murahan. Salbiah membalas hingga jadi perang SMS antara jiran.

Nak dijadikan cerita, “Mat, kau nak tau, anak Kak Sal jadi lauk 20 mat rempit malam tadi. Si Toyol tu kalah ‘race’,” kata Ismail Sasa.

Mat terkejut. Tak lama lepas tu, kecoh satu taman perumahan pasal kes anak Salbiah Cantik jadi korban mat rempit.

Seminggu orang tak dapat kesan diorang anak beranak. Dengar cerita lari balik kampung.

“Bila masa aku lari. Itu semua benda kecik. Aku bawak anak aku jumpa bakal laki dia Kapten pesawat tu. Alah, setakat 20 orang, tak luak pun,” katanya sombong.

Huiyo, anak beranak gila rupanya. Inilah jadinya bila mak dengan anak sama naik. Semua yang negatif dianggapnya biasa. Geleng kepala Mat dibuatnya.


(Harian Metro : 27 November 2009)

Pulau Langkawi

Langkawi merupakan salah satu daripada daerah dalam negeri Kedah Darul Aman, Malaysia. Pulau Langkawi diberi status bebas cukai pada tahun 1987. Kini, pulau yang kaya dengan keindahan semula jadi dan lagenda masa silam ini telah menampilkan diri sebagai salah satu daripada destinasi perlancongan yang paling popular di Malaysia. Langkawi sebenarnya merupakan suatu gugusan pulau di mana Pulau Langkawi merupakan yang terbesar.

Asal-usul nama

Nama Langkawi ialah kombinasi antara "Lang" dan "Kawi". "Lang" diambil daripada perkataan bahasa Melayu iaitu helang. Pada suatu masa dahulu, ia menjadi tempat tinggal kepada sejumlah burung helang kawi. Kawi adalah beerti merah hati, ini kerana helang mempunyai bulu merah hati dan berkepala putih. Kawi juga beerti tulisan Kawi, tulisan yang digunakan oleh tradisi hindu jawa.

"Kawi" dalam bahasa Sanskrit ialah guli, yang mana ia ditemui sebagai pertemuan bahagian Malaysia. Apabila kedua-dua perkataan digabungkan, ia membentuk perkataan "Helangkawi" yang kemudian menjadi Langkawi.

Rujukan lain dijumpai di dalam buku oleh Tun Mohamed Zahir yang bertajuk The Legends of Langkawi yang mana nama tersebut menggabungkan dua perkataan Sanskrit—"Langka" (keindahan) dan "Wi" (tidak terkira).

Geografi

Langkawi terletak di utara Selat Melaka di selatan Laut Andaman berhampiran sempadan antara Malaysia dan Thailand. Beberapa kilometer jarak ke utara pulau Thai iaitu Ko Tarutao. Bandar utama gugusan pulau terletak di pulau utama iaitu Kuah.

Titik tertinggi Langkawi ialah Gunung Raya, yang mencapai ketinggian 890 m dari atas paras laut di kawasan tengah-barat pulau utama.

Kepulauan ini mengandungi 99 pulau yang merangkumi jumlah kawasan darat 528 km2 (204 batu persegi). Langkawi kini dikenali sebagai Langkawi Geopark.

Sejarah

* Kurun ke-15, nama Lung-Ya-Kiou-Yi tercatat di sebuah carta yang dipercayai digunakan oleh Laksamana Cheng Ho ketika melawat Melaka pada tahun 1405.

* Kurun ke-16, pulau terpencil ini diberi pelbagai nama dalam peta zaman itu. Antaranya Langa, Lanka, Lansura, dan Langapura.

* 1621, Jeneral Augustin De Beaulieu yang berkhidmat dengan Raja Louis XIV di Perancis, menyifatkan Langkawi sebagai Lancahui atau lada sulah. Dia kemudiannya menulis, "Tanahnya subur dengan buah-buahan, beras dan ternakan. Beberapa batang sungai menyediakan sumber air bersih, hutan luas dapat dilihat dan pantainya cantik serta berjuraian dengan teluk dan pulau-pulau kecil sekelilingnya".
* Tun Dr Mahathir Mohamad, bekas Perdana Menteri Malaysia pernah bertugas di Pulau Langkawi sebagai seorang doktor selepas lulus dari Universiti Malaya di Singapura. Sejak itu, beliau ingin mengubah "Sumpah Mahsuri 7 Keturunan" menjadi pulau bebas cukai dan destinasi pelancongan bertaraf dunia.

Mitos dan legenda

Langkawi adalah sebuah nama yang sarat dengan misteri, mitos, dan legenda. Antara kisah legenda yang berkaitan dengan nama tempat di Langkawi termasuklah:

* Gergasi Bertarung
* Pulau Dayang Bunting
* Mahsuri
* Puteri Dayang Sari
* Telani dan Telanai
* Geroda dan Jentayu
* Telaga Tujuh

Pengangkutan

Dari jeti Kuah, terdapat kemudahan feri berkelajuan tinggi yang menghubungkan Satun di selatan Thailand, Pulau Payar, Pulau Pinang, Kuala Kedah, dan Kuala Perlis di tanah besar Semenanjung Malaysia. Kapal Star Cruises berlabuh di pelabuhan Awana Porto Malai di sebelah barat pulau ini.
[sunting] Pesawat

Langkawi mempunyai lapangan terbang antarabangsa yang agak besar, iaitu Lapangan Terbang Antarabangsa Langkawi. Berikut adalah penerbangan-penerbangan ke Langkawi.

* AirAsia (Kuala Lumpur)
o Thai AirAsia (Bangkok) (Bermula Januari 2007)
* Penerbangan Malaysia (Kuala Lumpur, Johor Bahru, Singapura)
* FireFly ( Subang , Pulau Pinang )
* Singapore Airlines
o SilkAir (SINGAPURA)

Minum Air

Correct timing to take water, will maximize its effectiveness to Human body.

Two (02) glasses of water - After waking up - Helps activate internal organs

One (01) glass of water - 30 minutes before meal - Help digestion

One (01) glass of water - Before taking a bath - Helps lower blood pressure

One (01) glass of water - Before sleep - To avoid stroke or heart attack

FAKTA YANG ANDA INGIN KETAHUI

Dalam kebakaran terbesar di London pada tahun 1966, separuh dari kota London terbakar tapi cuma 6 orang yg tercedera.

Bunyi yang dikeluarkan apabila anda mematahkan-matahkan sendi tangan, jari atau kaki adalah disebabkan oleh letupan buih di dalam sendi itu.

Planet Pluto mengambil masa 248 tahun utk mengelilingi matahari. Setiap 20 tahun ia mengubah orbitnya bagi mengelak dari berlanggar denga planet Neptune .

Di Albania, menggelengkan kepala bermaksud 'ya' dan menggangguk bermaksud tidak,

Kebanyakkan debu yang berterbangan di dalam rumah datangnya dari sel-sel kulit kita yang mati.

Perut akan menghasilkan satu lapisan mucus yang baru setiap 2 minggu untuk melancarkan proses penghadaman.

kandungan emas di laut adalah 200 kali ganda lebih banyak berbanding di daratan

Jika semua salur darah dalam tubuh manusia dicantumkan ia boleh meliputi jalan raya sepanjang 96,000 Km

10. Jika usus kecil manusia dibelah dan dicantum-cantumkan, ia boleh memenuhi kawasan seluas 9.2 meter persegi.

Manusia bernafas kira-kira 23,000 kali dalam tempoh 24 jam.

Orang lelaki mudah mendapat buta warna,10 kali ganda berbanding wanita.

Setiap langkah ke hadapan, anda terpaksa menggerakkan 54 otot dalam tubuh badan

Matahari memiliki tenaga yang cukup utk menerangi bumi bagi tempoh lebih daripada 5 juta tahun lagi.

Tekanan jantung manusia semasa mengepam darah adalah cukup kuat sehinggakan setiap pancutan boleh memancutkan darah sejauh 9 meter.

Purata setiap manusia manusia memiliki 100,000 helai rambut dan tumbuh lebih cepat pada waktu malam.Sementara itu, hidung pula dikatakan dapat mengenal pasti 10,000 jenis bau yang berbeza-beza.

Setiap hari darah beredar sejauh 180,000 Km dalam tubuh manusia.

Ikan emas adalah satu-satunya haiwan yang dapat melihat cahaya inframerah dan ultraungu

Setiap 1 cm persegi kulit manusia, didapati mengandungi 7 meter pembulu darah

Terdapat banyak spesies labah-labah yang sanggup mengorbankan tangan dan kaki utk dimakan anak-anaknya yang baru menetas. Langkah ini adalah utk mengelakkan anak-anaknya itu daripada memakan sesama sendiri.


Apabila seseorang bercakap, secara purata 300 titisan air liur akan keluar dalam tempoh seminit iaitu kira-kira 2.5 titisan bagi satu perkataan.

Dalam secawan kopi terdapat lebih daripada 1,000 jenis bahan kimia.

Orang yang menggunakan tangan kanan hidup sembilan tahun lebih lama daripada mereka yang kidal.

Secara purata seseorang menghabiskan masa selama 2 tahun bergayut di telefon sepanjang hayatnya.

Secara purata, seseorang minum 8,000 gelen air sepanjang hidupnya.

Di serata dunia, yo-yo adalah sejenis permainan tetapi di Filipina, ia merupakan senjata merbahaya.

Hanya terdapat empat buah negara di dunia bermula dengan abjad D iaitu Denmark, Dominica, Djibouti, dan Republik Dominica .


Setiap tahun, Selat Inggeris yang memisahkan England dan Perancis melebar sebanyak 300 milimeter.

Nama semua benua bermula dan berakhir dengan abjad yang sama iaitu huruf A.

Manusia hanya menggunakan 10% daripada otaknya untuk berfikir; selebihnya untuk aktiviti lain atau mencetuskan pergerakan luar kawal.

Ketika bersin, semua organ dalam badan tidak berfungsi termasuk jantung.

Kerosakan otak akan berlaku jika suhu badan meningkat melebihi 41 darjah Celcius.

Tiada Cinta Tanpa Pengorbanan

'Daripada Zaid bin Arqam, dia berkata: Suatu hari sahabat Rasulullah s.a.w. bertanya: "Wahai Rasulullah, apakah yang ada pada korban itu?'' Jawab Rasulullah: "Ia adalah sunah bapa kamu, Ibrahim.'' Mereka berkata: "Apa yang akan kami peroleh daripadanya wahai Rasulullah?'' Rasulullah menjawab: "Bagi setiap helai rambut ada kebajikannya.'' Mereka berkata: "Bagaimana pula dengan bulunya wahai Rasulullah?'' Rasulullah s.a.w. menjawab: "Bagi setiap helai bulu ada kebajikannya.'' (Riwayat Ahmad, Ibnu Majah dan Tirmizi)'

Bulan Zulhijjah merupakan bulan yang tersimpan pelbagai pengajaran bagi seluruh umat Islam selain daripada bulan yang dijanjikan pelbagai nikmat dari sisiNya. Maka tidak dapat lagi kita lari dari berbicara mengenai peristiwa pengorbanan Nabi Ibrahim dan Nabi Ismail yang membawa kepada apa yang dijadikan sebagai ibadat korban yang ditetapkan oleh Allah swt. Allah swt telah menceritakan di dalam al-quran mengenai dua makhluk yang amat dekat di sisiNya ini yang bermaksud:

'Maka ketika anaknya itu sampai (ke peringkat umur yang membolehkan dia) berusaha bersama-sama dengannya, Nabi Ibrahim berkata: Wahai anak kesayanganku! Sesungguhnya aku melihat dalam mimpi bahawa aku akan menyembelihmu; maka fikirkanlah apa pendapatmu?. Anaknya menjawab: Wahai ayah, jalankanlah apa yang diperintahkan kepadamu; Insya Allah, ayah akan mendapati daku dari orang-orang yang sabar.Setelah keduanya berserah bulat-bulat (menjunjung perintah Allah itu) dan Nabi Ibrahim merebahkan anaknya dengan meletakkan iringan mukanya di atas tompok tanah, (Kami sifatkan Ibrahim dengan kesungguhan azamnya itu telah menjalankan perintah Kami),' (As-Saaffat:102-103)

Maha Suci Tuhan, menciptakan dua susuk tubuh yang amat akur pada perintah seorang Pencipta. Betapa sukarnya Nabi Ibrahim untuk bertemu semula dengan anaknya yang ditinggalkan sejak dari kecil,dan setelah bertemu diminta pula untuk dikorbankan. Namun,cinta Allah lebih agung dari segalanya,disuarakan jua riwayat mimpi kepada si anak kecil yang masih belum kenal pada dunia, tetapi telah mengenal erti cinta. Cinta seorang hamba kepada Tuannya.

Dua susuk tubuh ini sama-sama IKHLAS berKORBAN demi CINTA kepada Allah swt.Betapa lemahnya langkah Nabi Ibrahim ketika itu kerana tahu nasib yang akan menimpa Nabi Ismail,anak kesayangannya. Dan Allah swt tidak pernah lekang walau sesaat menghitung rintih hiba hambaNya ini,apatah lagi untuk menzalimi hambanya yang beriman yang akhirnya DIA mengurniakan rahmatNya:

'Dan Kami tebus anaknya itu dengan seekor binatang sembelihan yang besar;Dan Kami kekalkan baginya (nama yang harum) dalam kalangan orang-orang yang datang kemudian: ' (As-Saaffat:107-108)

Sahabat,ini merupakan kekasih Allah yang diuji sebegini rupa, bagaimana pula dengan diri kita? Cubaan dan dugaan yang dihadapi setiap hari kehidupan tidak ternilai berbanding mereka.Namun masih kita mudah berkeluh kesah dan lupa akan nikmat pemberianNya. Layakkah kita ke syurga berbekalkan mahar yang dibawa?


Cinta Nabi Ibrahim kepada Sang Pencipta mengorbankan si anak yang sangat dikasihinya,
Cinta Nabi Ismail menundukkan jiwa seorang bapa untuk redha pada ketentuan dariNya,
Bagaimana pula dengan cinta kita?
Mampukah kita mengorbankan segala harta dan masa
Apatah lagi jika yang menjadi taruhan adalah nyawa
Sungguh, kita umat akhir zaman yang lalai dengan dunia
Sehingga lupa kepada cinta kepada Pencipta
Masa dibazirkan dengan berhibur dan duduk bersahaja
Harta menjadi aset untuk berlumba siapa yang lagi kaya
Bila ditanya bila nak bertaubat,jawabnya bersahaja
Tunggu nanti bila meningkat tua
Sia-sia lah separuh usia amanah dari Yang Esa.

Marilah sama-sama kita bermuhasabah, telah cukupkah pengorbanan kita kepada agama ini sepertimana pengorbanan Nabi Ibrahim dan Nabi Ismail, kerana sejarah telah membuktikan, tiada cinta tanpa pengorbanan!

As Salam.


Welcome to like my blog.