Sunday, December 27, 2009

Manis Di Mulut


Sabda Nabi saw yang bermaksud : Akan keluar di akhir zaman lelaki yang bertaubat tipu daya dengan memakai nama agama di dunia ini. Mereka menganjurkan manusia agar berpakaian yang baik (taubat) dari bulu domba yang halus. Lidah mereka lebih manis daripada gula, sedangkan hati mereka bagaikan serigala. (Hadith riwatar Tirmizi)

Dalam hadith itu Rasulullah saw memberikan isyarat bahawa kelak akan muncul orang-orang yang mempunyai sifat munafiq. Apa yang dikatakan tidak sesuai dengan kehendak hati, apa yang dianjurkan sebenarnya hatinya membenci, fatwanya hanya untuk tipu muslihat sahaja. Di antara sifat kemunafiqan itu, menganjurkan orang lain berbuat baik sesuai dengan agama Islam, semua yang disampaikan dengan topeng agama yang tujuannya antara lain untuk memperdaya orang-orang Islam sendiri. Agar orang tahu bahawa iaitu seorang juru fatwa yang berilmu, manis sekali bicaranya sampai banyak orang yang terperangkap dengan menyanjung-nyanjung kepadanya. Tapi hatinya setelah diketahui ternyata bagaikan hat seekor serigala. Yang sedang bersedia menangkap dan menelannya.

Sifat munafiq semacam ini biasanya dimiliki oleh mereka yang ingin diberi kedudukan, pangkat, penghormatan dan segala pujian dari atasannya sehingga berani mengorbankan agamanya, membohongi sesamanya. Keinginan sesuatu kedudukan akan mendorong untuk berusaha dengan cara apa saja, dengan wang atau dengan janji yang muluk-muluk untuk mempengaruhi orang lain yang jadi pendukungnya, bila perlu dengan menghalalkan segala cara, demi berhasilnya tujuan. Orang yang gila kedudukan tidak lain hasilnya adalah penyesalan pada hari kiamat. Hadith riwayat Bukhari dan Nasai dari Abu Hurairah, Nabi saw bersabda maksudnya :Sesungguhnya di antara kalian ada yang ingin menjadi penguasa dan sesungguhnya demikian itu akan menajdi penyesalan di hari kiamat. Sebaik-baik seorang ibu yang mahu menyusui dan seburuk-buruk ibu adalah ibu yang tidak mahu menyusui.

Maksudnya pemimpin yang baik ialah pemimpin yang bertanggungjawab kepada rakyat dan seburuk-buruk dalah pemimpin yang tidak bertanggungjawab pada rakyatnya.

Orang munafiq manis mulutnya dalam berkata-kata, pandai membawa diri, seakan-akan dia menaruh perhatian dan memikirkan kepentingan orang lain. Kalau perlu, nama Allah disebut-sebut dalam setiap bicara agar orang lain percaya kepadanya. Tambah banyak ia bicara, tambah banyak pula nama Allah disebut, padahal dalam hatinya ia menyimpan rasa dendam dan permusuhan. Sebab yang dijadikan pedoman bukanlah kebenaran dan bukan nama Allah, ia hanya bermain di mulut. Dia menyimpan segala rencana yang berbeza daripada kemahuan Allah, tetapi untuk menyembunyikan maksudnya itu ia bermulut manis.

Sifat orang-orang munafiq diabadikan dalam Al-Quran :Dan sebahagian manusia ada yang menarik hati pada engkau perkataannya dalam hidup di dunia, dan ia menjadikan Allah sebagai saksi di hatinya, padahal ia itu sangat memusuhinya. (Surah Al-Baqarah : Ayat 204)

Dan apabila telah berpisah, ia berjalan di bumi hendaklah merosak dan membinasakan tanaman dan keturunan. Padahal Allah itu tidak senang pada kerosakan. (Surah Al-Baqarah : Ayat 205)

Kitab rujukan : 25 Tanda Hampirnya Hari Kiamat & Berita Alam Keabadian (Amir Al-Harith) terbitan Jasmin Enterprise.



~Sesungguhnya Hidupku, Matiku, Amalanku, Ibadahku adalah semata-mata kerana Allah SWT~
Wednesday, December 2, 2009

SAKIT GIGI


Kisah ni terjadi masa aku study kat UM…(1st term of 1st year)…banyak assignment nak buat. Exam pula dah dekat sangat. Aku pun sibuk le. Tapi dalam kesibukan ku itu gigi aku le pulak buat hal. Sakit yang teramat sakit. Dalam masa sehari pipi aku bengkak besar. Bayangkanlah sakit gigi (hingga demam panas) dan assignments dan exam. Aduh…

Dalam sedar tak sedar kerana kesakitan dan kesibukan, aku telan 4 biji pil sakit gigi sekali ngan 4 biji panadol. Aku tak perasan akan kekerapan aku makan ubat tu. Tapi sakit tu tak reda jugak. Bertambah sakit ade le. Dipendekkan cerita, kala malam bulan mengembang…agaknya aku dah mabuk sebab overdose ubat, akupun pengsan. Roomates hantar aku ke UH.

Menurut mereka, doktor dah buat macam2 cara tapi aku tak sedar jugak hingga doktor pesan kalau pukul 6 pagi aku tak sedar jugak hubungi mak ayah aku kerana ada dua kemungkinan je sama ada koma atau ‘jalan’. Tapi ada doctor tu cuba lagi sedarkan aku. Alhamdulillah…aku sedar. Ntah ubat apa dia masukkan ke hidung aku. Treatment selepas aku sedar tu yang aku tak daya.

Doktor masukkan tiub getah yang panjang dan sebesar ibu jari ke dalam mulut. Sakit. Hidup-hidup tu. Tak bius. Aku terasa benda tu sampai ke dalam perut aku. Doktor nak cuci le pe lagi. Dua besen besar air dimasukkan melalui tiub getah tu. Pas tu dia sentap tarik je. Biar aku muntah katanya. Pas tu masukkan lagi sebab nak isi sebotol ubat: cecair hitam (sebulan najis warna hitam). Katanya untuk neutralkan perut aku.

Dah siap tu lemah-longlai aku. Dalam tak daya tu datang le pulak sorang inspector ngan sorang psikiatri. Ada ke patut doctor laporkan kes aku sebagai kes bunuh diri!? Lucunya dorang pandai2 buat andaian aku bunuh diri sebab ditinggal pakwe berdasarkan maklumat daripada salah seorang rakanku yang salah faham. (Kebetulan aku gaduh ngan bestfriend: lelaki). Aku menafikan semua hal tersebut.

Aku letih jadi aku tidur. Esok pagi aku terjaga apabila tetiba bestfriend aku tu datang dan tengking aku di hadapan semua orang. Katanya dia marah dan malu kerana tersebar kat fakulti yang aku cuba bunuh diri kerana frusted ngan dia. Aku ketawa. Sekuat-kuat hati ketawa. Lucu campur marah. Aku cuba jelaskan kat dia tapi dia tak nak terima. Dan dia terus memutuskan hubungan kami yang cuma sebagai kawan itu. (Final year baru dia tegur tanya khabar aku camana: sihat ke tak)

Tak habis di situ, ada lagi yang lebih mengharukan. Setelah beberapa jam duduk dalam wad tu barulah aku perasan yang wad tu sebenarnya wad tekanan jiwa selepas aku diperiksa oleh doctor yang tak betul. (Tak lama kemudian datang doctor sebenar) Aku marah semarah-marahnya. Nasib baik sehari je kat situ itupun setelah aku sedaya upaya meyakinkan Dr.Xavier (pskiatri tu) yang aku ok dan tidak tertekan dan tidak ada masalah cinta, keluarga dan segalanya. AKU CUMA SAKIT GIGI. Aku diizinkan keluar wad tapi dinasihati agar tidak mengambil mana2 ubat untuk beberapa tempoh kerana takut hati aku rosak.

Aku balik ke kolej dan menyiapkan assignments dan study untuk exam. Rasa bengang jugak bila kawan2 sekampus pandang semacam je tapi lantak dorang le. Dorang tak tahu cerita sebenar. Kawan yang buat cerita tu aku dah ‘selesaikan’. Balik kampung aku jumpa doktor gigi dan cabut gigi yang rosak tu.

Aku ralat satu je, nape le mase kat hospital pipi dan gusi aku yang bengkak giler2 tu dah kempis…

Moral of the story, kalau korang sakit sangat pun janganlah pandai2 jadi pharmacist sendiri…